Sunday, May 8, 2011

VALENTINE DAY - Di manakah kita...?

14 FEBUARI -VALENTINE DAY


Sidang pembaca sekalian…

Alhamdullillah bersyukur kita kehadrat Allah Taala kerana kita masih diberi  kesempatan
untuk bertemu lagi dibicara An Nur ini. Semoga dipertemuan ini kita mendapat manafaatnya walaupun ianya bersifat selahzah sahaja.

Tanggal 14 Febuari  lalu adalah tarikh keramat bagi pasangan yang  dilamun asmara diseluruh dunia. Sambutan Hari Kekasih yang lebih dikenali sebagai “VALENTINE DAY” telah disambut dengan pelbagai ragam  gaya manusia, khususnya para remaja. Ada di antaranya amat menggerun kita ! Apa tidaknya, apabila setiap pertemuan diakhiri dengan ‘hubungan asmara’  sebagai membuktikan kesetiaan dan ketulusan cinta.  Ada diantaranya dilaksanakan secara terbuka dan diketahui oleh para ibu bapa!  Namun kita bersyukur, kerana perkhabaran yang diwar-warkan itu bukannya  berlaku di negara kita.

Persoalanya,  adakah sambutan “Valentine Day” dibenarkan oleh agama kita? Setahu kita sehingga kini tidak terdapat ulamak yang pernah mengharuskannya ! Kenapa ?. Jawapan mudah sahaja, kerana ianya tidak membawa apa-apa faedah, malahan membawa musibah. Tambahan pula, sandaran peristiwa bukanlah daripada Rasulullah atau para ulamak. Sebaliknya adalah daripada peristiwa  seorang paderi yang telah dibunuh oleh pemerintah kerana  mengkhinati amanah rajanya.

Justeru itu sidang pembaca sekalian…

Marilah kita memahami bahawa untuk menyambut sesuatu perayaan adalah tidak salah asalkan ianya tidak berlawanan dengan peraturan Syar’ie dan pandangan ulamak. Sesuatu yang dilarang oleh Syar’ie dan ulamak semertimya mempunyai keburukan dan bersifat merugikan manusia. Sebagai buktinya, lihatlah hebahan di media massa berkaitan dengan sambutan “Valentine Day” ini. Semuanya menggerun dan menyesakan nafas ibu bapa, khususnya  yang mempunyai anak-anak yang berstatuskan “ Anak Dara”. Jelaslah bahawa budaya menyambut “ Valentine Day” bukanlah budaya dan suruhan agama kita. Apa yang pasti  ia adalah perosak budaya dan mendorong manusia ke arah neraka !.


Sekian, Wassalam.

Mengatasi sifat marah...

Imam Al-Ghazali : 10 punca menyebabkan sifat marah
 
• Rasa Bangga Diri (Sombong)
• Takjub Kepada Peribadi Sendiri
• Suka Bergurau Senda Yang Ber Lebihan Dan Melampaui Batas
• Suka Bercakap Perkara Sia-Sia
• Suka Membuat Fitnah
• Suka Berbantah-Bantah Dalam Sesuatu Perkara
• Khianat
• Tamak Kepada Harta Dan Pangkat
• Tidak Dapat Mengendalikan Nafsu Dan Emosi Dengki Dan Irihati.

Cara Mengatasi Sifat Marah


·        Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasysyaithoonir rajeem
·        Diam atau tidak berbicara.
·        Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
·        Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. 
·        Ingat kebaikan-kebaikan si objek marah .
·        Renungkan bahwa kita semua punya hubungan.